Selasa, 15 Julai 2014

Buffet Ramadhan


By on 9:20 PG

Buffet Ramadhan


ips mengambil makanan di Buffet Ramadhan Casa Ombak (Khas untuk pembaca artikel saya sahaja)

Nak makan buffet sebenarnya biar ada strateginya kerana kalau kamu tahu cara makan yang betul apa yang kamu belanjakan untuk berbuka secara buffet boleh menjadi sangat berbaloi “Value for money”.

1) Ketepikan mitos ‘kosongkan perut’ sebelum ke Buffet Ramadhan Casa Ombak

Melainkan di bulan Ramadhan, kamu seharusnya ketepikan mitos mengosongkan perut sekosong-kosongnya sebelum makan di buffet. Ini kerana, perut yang sangat kosong akan menyebabkan kamu terlebih lapar dan seterusnya makan dengan lahap tanpa ada strategi. Ini merugikan kamu kerana banyak lagi makanan lain yang belum kamu rasa.
Kalau bukan di bulan Ramadhan, kamu bersarapan pagi seperti biasa dan makan tengahari dengan menu yang ringan. Sekiranya di bulan puasa pula, berbuka terlebih dahulu dengan air dan kurma untuk mengalaskan perut sebelum memulakan makan secara buffet.

2) Jangan mulakan dengan minuman bergas

Seperti yang kami katakan tadi, berbuka puasa dengan air (suam atau kosong) dan kurma (jika ada) atau kuih dan manisan dalam kuantiti yang sedikit. Seelok-eloknya kamu elakkan minum minuman bergas. Minum air kosong sahaja, tetapi ada juga yang mengatakan kalau boleh minum hanya bila kamu betul-betul sudah habis makan. Ini adalah kerana, minum air bergas akan menyebabkan kamu rasa kenyang.

3) Makan makanan yang mahal terlebih dahulu

Contoh makanan yang mahal adalah seperti kambing panggang dan makanan-makanan yang berunsurkan daging, udang galah dan makanan laut yang lain. Makan itu terlebih dahulu kerana tentulah kamu mahu apa yang kamu bayar berbaloi dengan apa yang kamu makan kan?

4) Kemudian, kamu makan makanan yang jarang kamu makan, yang menarik selera kamu atau yang kamu rasa kamu patut cuba tapi hanya dalam kuantiti yang kecil.

Bayangkan kamu sedang membuat ‘food testing’ jadi ambil makanan yang kamu ingin rasa dalam kuantiti yang kecil. Ini adalah untuk mengelakkan kamu dari merasa kenyang terlalu cepat, dan kamu kemudian boleh memilih makanan mana yang kamu suka dan ingin tambah.

5) Gunakan pinggan kecil walaupun ada pinggan besar di Buffet Ramadhan Casa Ombak

Kalau kamu menggunakan pinggan yang besar, kamu lebih cenderung untuk mengambil makanan dengan banyak. Ini agak merugikan kerana sudah pasti ada banyak makanan lain lagi yang perlu kamu rasa, tetapi kamu sudahpun kenyang kerana terpaksa habiskan makanan dalam pinggan yang besar itu. Gunakan pinggan kecil dan ambil makanan dalam kuantiti kecil (seperti yang kamu sarankan di atas) .

6) Pilih tempat duduk yang strategik

Tempat duduk yang strategik adalah yang tidak terlalu dekat dengan meja buffet dan tidak terlalu jauh. Kalau kamu duduk terlalu dekat dengan buffet, percayalah selang lima minit kamu akan bangun dan ambil makanan berulang-ulang kali dan kenyang sebelum waktunya. Jika kamu terlalu jauh pula, kamu cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Jadi duduk di tempat yang tidak terlalu jauh, dan tidak terlalu dekat dari meja buffet.

7) Rehat

Jangan makan terus-menerus tanpa henti. Bagi yang berbuka puasa, adalah lebih baik kamu menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Jika perlu tunaikan ‘hajat’, dipersilakan. Selepas berehat, kamu akan dapati kamu masih mampu makan beberapa kali lagi.

8) Makan manisan jika hampir kenyang

Jika kamu terasa hampir kenyang, berhenti dan makan manisan. Antara manisan yang berkesan dalam menangani kekenyangan perut ialah aiskrim atau kek lembut yang manis. Kalau kamu kurang gemar manisan, makan buah-buahan seperti pisang juga boleh membantu memberi ruangan kepada perut.

9) Jangan makan makanan yang kamu boleh masak sendiri di rumah atau yang mudah didapati di kedai-kedai biasa kerana anda perlu rasa semua makanan istimewa kami di Buffet Ramadhan Casa Ombak

Tak perlu bersusah payah makan karipap atau kentang goreng kerana ia boleh didapati dengan mudah di luar sana. Seperti yang kami katakan di atas, makan makanan yang jarang kamu makan dan yang kamu rasakan berbaloi dengan apa yang kamu (atau orang yang menjemput kamu berbuka puasa) bayar.
Selamat menjamu selera
- See more at: 


http://www.ekidsaqeel.com/buffet-ramadhan-casa-ombak/

About Syed Faizan Ali

Faizan is a 17 year old young guy who is blessed with the art of Blogging,He love to Blog day in and day out,He is a Website Designer and a Certified Graphics Designer.

0 ulasan:

Catat Ulasan